Thursday, 13 December 2012

Biz Diary on December 2012


1st week of December 2012

kek marble ni dibuat sempena
kenduri di rumah makcik akk..
actually 5 buku semuanya..
  ada 2 flavor tp yg choc
aje yg sempat snap..
takpe la jnji ada...
ada gak bw 2 jenis tat
 kat kenduri makcik akk..
  oreo cheese & cappucino tart (pic kat bwh nuu)

x abis kenduri lagi tat akk

  dah selesai..
lebih kurang cam dessert gak la


 feeza.. oh feeza
  mmg penggemar meat cheesy blackpepper tart

  akk yg takde tolok bandingan, hehe
siap ode buat kenduri
sambut pengantin lagi.. 


 

2nd week of December 2012

kek2 marble, fruit tart & meat blackpepper tart
 menjadi pilihan akk untuk memeriahkan
kenduri kesyukuran ayahbonda tercinta di kampung...
  alhamdulillah sempat menyudahkan

semua menu yg akk dah rancangkan..
btw akk x merakam lak pic, sibuk siapkan 
last minute.. kecuali kek lapis milo ni aje..
  semoga ayahbonda ku sentiasa sihat
dan dirahmati Allah selalu, amin...




3rd week of December 2012

22/12.. tarikh bersejarah 
bg abang ipar sulongku.
utk meraikan majlis abg long,
 akk telah memilih kek lapis
sukma & pelangi
sesuai dgn tema org 'baru' kan, kan...
kek sukma utk hantaran 
rumh pengntin perempuan,
dan dah tntu kek pelangi buat santapan
di meja pengantin 
rumah mertua akk..
tgk tu! deco kek pengantin
akk kat pic bawah ni... 
  




permintaan adik ipar
utk door gift majlis abg ipar alhamdulillah
telah dpt disempurnakan..
sebanyak 200 biji cup cakes
telah dptku siapkan plus deco.. 
 kira2 mmg berbaloi amik cuti 2 hari..


kek utk jamuan ramai
akk buat yg paling senang prepare
apa lagi klau bukn kek marble..
ada 6  buku semuanya,
tambah lak dgn 2 buku kek
pisang...
 


Sunday, 11 November 2012

Biz Diary on November 2012

1st week of November 2012

lama x dgr cite kak Rahmah ayer keroh
penah ode kek akk dulu 2 thn lepas..
tup tup baru ni call nk ode 
kek lapis asm manis..
anak nak makan katanya..
ingat lagi kak Rahmah kek say yek..
thanks kak 





bsempena majlis korban kat
surau tmn Duyong Permai,

akk plan kan kek lapis asm manis ni
 utk jadi dessert..
lepas pekena daging masak sup & gerang asam
mkn kek camni ok gak kan :)







ode asalnya dr adik ipar..  
tp beralih jadik urusniaga
kat koperasi SMKDB pulak..
shhh ade la sebab tu, xpe la biaq kami je tau..
akk dpt snap pic sebahagian 
dr 60 pieces orange cup cakes tue...
 





Nisa jiran mak mtua dah sebuln awal buat
tempahan 2 set tat ni -
1 kotak oreo cheese tart &
 1 kotak cappucino tart,
jadi hantaran utk pihak lelaki..
w/pun majlis akad nikahnya
belah malam... tp.. sebab business woman
cam akk ni dah x dpt blek thari psl ada keje opis,
tpksa lah berurusniaga dgn cust
awl pagi.. hihi..  
  

  

adik Shima UniKL pon
ode oreo cheese tart, 
ala macam dlm gambo kt atas nuu..
1 set lagi dia mmg always forever
dgn blueberry tartnya..
 tq Shima msti student awk tu rasa bgga 
dpt lecturer cam shima nie..
siap belanja diorg tart lagi... 




2nd week of November 2012

andak iparku order kek marble
3 buku utk kenduri keluarganya
kat Durian Tunggal...
 marble choc, blueberry & oren 
 pilihan Andak..
tq for this order yer


 

musim cuti sekolah ni
ramai kwn2 habiskan aktiviti
bsama family tersayang..
ada yg buat family gathering kat
 tempat2 menarik,
contohnya kwn akk si Azlin Jaliluddin ni..
seronok gitu ngn mak ayh & adik beradik
diorg booking chalet di Linggi
bole sembang2 smbil mkn2..
so meat cheesy tart akk 
ni msuk la dlm list Azlin..
tq dik   




at the same time
anta gak tat Feeza Husain
sbb dekat jnji aje kat BHP
bukit katil tuh..
 siap add ode utk hantaran lagi
 on 1st December
ape2 pon tq la Feeza
bak kata oghang
tat akk di hatimu kot
heheh  


Monday, 1 October 2012

Biz Diary October 2012


 1st week October 2012





  tercapai cite2 nk anta sndri kek ke
sek shbt lama UKM, kak Ar... sek Canossa Convent
nk sgt anta psl lately within 2 wks
ni kwn2 k Ar mengungguli
bil ode customer akk...  
tq for all of them


yg ni bukn ode, tp gift utk
  kgkawn k Ar yg banyak
make order sblm ni...
cheese tart topping kiwi,
ank akk suka yg nie



2nd week of October 2012

choc cup cakes & tat kiwi 
utk student BBAku..
meraikan diorg yg dpt A, A-
pada final exam sem lepas...
suka2 aje ni



Nurul PR dgn ode
tat kiwi mggu nie..
tukar citarasa lak ye
 tq dik...



3rd week of October 2012

meat cheesy blackpepper tart...
meraikan 2 kwn SIT yg
konvo pada mggu nie..
congratez utk Linda Desa & Feeza Husain
klau x cukop ode pulak lah yerr..
hehehe




sure kgkwn SIT pon merasa jugak kan..
ni diorg punye share
sikit sama sikit,
klau ade kudrat 
akak buat kn korang lagi..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kak Yah mak angkat Akmal
ode lagi lapis asm manis
utk hantaran ank buahnye..
tq kak yek





4th week of October 2012


nak menghadap raya haji, 
tentu la da buat lebih skit ode utk
kek lapis, marble & tat.. 
maklum le ramai nk
bawa kek ngn tat tu blek kg kan..
 tq kpada kwn2 yg ode tue..




ode dr K Ar & ckgu2 Canossa Convent..
tq all



 cik Farie w/pun ode last minute
tp akk ok jek..
don't mind buatkn,
customer tetap la katakan...



 
tak ketinggalan hari yg sama gak
kwn2 STP - kZah, shanizah, nina & nadzrah
membuat tempahan,
mereka berkenankan
kek marble ngn tat utk bwk lek kg... 
kat ats tu pic marble 
cappucino, oren & choc tart..
meh try!




cheese blueberry tart
jadi pilihan k Nur jiran setaman,
dan k Ana UITM, masing2 dgn ode 2 set
tambah lak Hasanah STP
 ode 1 set utk hantaran adiknya..
beratus biji gak la nk disiapkn 
menjelang raya nie..
tq semua..  




Sunday, 30 September 2012

Tips Kek Cantik & Gebu





Telur
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Jangan gunakan telur besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan lantas menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik, pembuat kuih akan menambahkan tepung ke dalam adunan. Kalau tidak berhati-hati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.


Mentega

Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.

Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.
Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan biskut bantut.

Setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, jangan uli berlebihan. Cukup setakat menggunakan hujung-hujung jari saja untuk mengadunnya hingga rata. Menguli doh berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.

Oleh itu, apabila membuat biskut, buat satu adunan dahulu. Jika mahu ditambah, baru diadun lagi. Dengan demikian, anda tidak perlu adun mentega dalam jumlah banyak kemudian uli doh dalam jumlah yang banyak juga, hingga adunan dilakukan secara berlebihan dan mengganggu tekstur doh.

Bagaimanapun, jika anda hendak mengadun biskut dalam jumlah banyak, sebaiknya gunakan mesin pengadun dengan alat adun berbentuk 'K' atau lazim dipanggil sebagai 'K beater'.

Begitu juga apabila mengadun kek. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.


Bakar Kek dan Biskut
Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.

Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga dua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.

Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.

Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.

Apabila anda membakar dua dulang biskut sekali gus dalam dua rak berasingan dalam ketuhar, pastikan anda alihkan biskut di rak atas ke rak bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh jalan. Dengan demikian, biskut anda akan masak atau garing sama rata.

Menyimpan Kek dan Biskut
Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.

Untuk biskut pula, simpanlah semua biskut dalam tin atau bekas yang betul-betul kedap udara. Anda boleh taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.

Me and My Oven

Baking is like love.The more I bake, the more I love it and the more I am be loved.

Recent Posts